Wednesday, April 29, 2009

Diari Seorang Lelaki

hari ini aku ada mesyuarat tender
tak jauh, dekat bendahari jer
naik keta kang parking plak tak ader
so aku pun jalan kaki ajer

abes miting, aku balik jalan kaki
bukan jauh sangat pun bendahari ngan ict
peluh pun tak sempat menitik di dahi
tak sangka hari ni sesuatu telah terjadi

dari jauh aku nampak seorang gadis
dah tentu la wajahnya ayu dah manis
hati aku tiba-tiba menari twist
tanpa sedar air liur pun menitis

sempat pulak aku berangan
tau-tau dah sampai kayangan
dengan si dia gadis idaman
owh indahnya angan-angan

tiba-tiba, dia hampir & bersuara
"assalamualaikum, encik" itu katanya
dan-dan aku rasa 10 tahun muda
hati aku jadi berbunga-bunga

senyum di bibir jadi tak lekang
perut yang lapar tetiba kenyang
tidur malam terkenang-kenang
siang pulak terbayang-bayang

harap-harap buleh jumpa gadis itu lagi
memang lah aku nih tak sedar diri
tak ingat ke kat anak bini
kat rumah tu sentiasa menanti

ini secebis kisah dalam diari seorang lelaki
"dunia semata-mata" kata aku dalam hati
aku sekadar ingin berkongsi
sebab tu aku suruh tuan punye blog publish cite ni

sekian, selamat menghayati

p/s : bos, invoice saya anto kendian! TQ

Journal journey

Hari pertama. Sedang berusaha sehabis baik untuk menuliskan sesuatu secara rutin. Moga-moga lebih istiqamah Alhamdulillah, dapat bonding d...