Tuesday, May 5, 2009

Selamat Hari Jadi, Ain!

Ain mencecah 3 tahun, 2 Mei lalu. Kami buat sambutan kecil-kecilan di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson. Kebetulan, ada hari keluarga Jaringan 11 STAROBA, sekolah ayah mertua saya. Owh ya, sambutan itu bukan setakat hari jadi ain semata-mata kerana ibu & ayahnya juga dilahirkan dalam bulan Mei. Maka, tukar tajuk lah... Selamat hari jadi untuk Ain, Umi + Abi ;)

Sambutan kecil itu meriah juga. Hari keluarga STAROBA lebih meriah. Saya mula berangan-angan, suatu hari nanti, mungkin 20 tahun dari sekarang, alumni sekolah saya, dapat menganjurkan perjumpaan keluarga seumpama itu. Ketika itu, mungkin sudah ada yang bergelar Dato', yang boleh menyumbang biaya program itu. Hehehe, itu angan-angan saya! Harap-harap boleh jadi nyata... Ameen.

Selamat Ulangtahun Puteriku. Moga sentiasa dalam peliharaanNya.

No comments:

Post a Comment

Journal journey

Hari pertama. Sedang berusaha sehabis baik untuk menuliskan sesuatu secara rutin. Moga-moga lebih istiqamah Alhamdulillah, dapat bonding d...