Friday, March 18, 2011

Saya mahu jadi macam Hamka dari blog Kereta Mayat

Apa yang best sangat dengan Kereta Mayat ni sampai gua nak jadi macam dia? Gua sangat suka beliau adalah disebabkan oleh beliau ini sangat bersahaja dalam menegur orang Melayu Islam di tanah Satu Malaysia ni dalam bab-bab bersangkut paut dengan agama Islam, tak kiralah akidah, amalan, feqah dan bab-bab lain yang tak terlalu tinggi untuk dicapai akal dan tak terlalu rendah untuk insult my intelligence. Wohhaaaa

Sebab utamanya adalah sikap orang Melayu sekarang ini yang begitu tebal rasa inferiority complex, tetapi pada masa yang sama mahu merasa sangat Islamik. Ye lah, guna ubat gigi yang ada bunyi islamik, tapi pergi sembahyang pakai jeans takde rasa apa plak ye dak? Kain pelikat pun gambor gajah duduk, gajah berdiri takde pula kecoh-kecoh hantor email ini agenda hindu untuk menerapkan unsur tuhan mereka dalam masjid atau surau?

Pasal salam jadi isu pun satu hal jugak, tapi brader Hamka ni memang bagi satu smash yang padu lah kiranya pada set-set atau kumpulan-kumpulan yang inferiority complex terlampau ni sebagai respon kepada isu salam atau isu akum yang melanda umat Melayu Islam pada masa kini.

Dalam pada masa yang sama, di saat set-set atau kumpulan-kumpulan penegak kemuliaan Islam ini berbantah, berhujah, bersurah mengenai isu-isu BESAR seperti isu salam, isu orang bukan islam masuk masjid, isu orang bukan islam bagi ceramah dalam masjid, isu talkin, brader Hamka melalui blog beliau telah membuat satu pencerahan atau enlightenment kepada masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini khususnya.

Bukanlah nak kata atau khabarkan bahawa brader Hamka ini tahap maksum macam nabi, atau tahap sahibussama’ah macam Mufti Perak, tetapi sekurang-kurangnya beliau memberi pandangannya yang tersendiri untuk menentang arus buta taklid atau mengikut membuta tuli sesuatu pandangan, amalan atas nama Islam.

Oleh itu, harapan gua untuk melihat budaya ilmu menyubur seterusnya budaya berhujah berlandaskan cabang ilmu akan terus membudaya di dalam masyarakat melayu muslim di Malaysia ini menggantikan budaya hujah gua betul lu salah, gua mulia, lu kafir serta gua masuk syurga lu masuk neraka! Wooohaaaaa! < --tiru brader Hamka. :D “Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”

6 comments:

  1. The virt punyer user name aper kat MySuperKids?
    The virt da letak link entri contest nier kat entri Mommy Lyna yang nier ker; [iPad MySuperKids] Audition Bermula Di Sini
    Try check balik :)

    ReplyDelete
  2. AiTotYati :: kan... sangat adorable kann! ;)


    Abuya Hayat :: dah letak situ... guna nama 'am'
    tarikh 18 Mac 2011... nih sy copy kat sini ;)

    am March 18, 2011 at 12:31 pm

    salam ML,

    harap2 masih belum terlewat! i’ve created a blog purposely because nak join contest ni! Kalau tak menang pun, harap2 bleh inspire me to keep blogging!
    ;)
    thanx in advance ML!

    ReplyDelete
  3. owh, okay.... sori ta perasan pasal awak ta tinggal link... yang ader just rss feed latest post... hehehehe.... :)
    but don't worry too much because the list yang saya wat nier unofficial, so i don't know if ML is gonna use it or not....
    just now saya baru dapat e-mail rss feed comment from MySuperKids cakap yang ader few new entries....
    jap g saya update skali yer....
    gud luck... :)

    ReplyDelete
  4. Abuya Hayat :: TQ ya! untuk anda juga--> ganbatte nae! ;) if i were the jury, entry tuan sahaja sudah tak terkomen! hehe... owh, it's a compliment btw!

    ReplyDelete
  5. keep on blogging!!!

    JOM KE: ALL IN ONE
    inspired oleh mommy Lyna..
    g'luck ye

    ReplyDelete

Journal journey

Hari pertama. Sedang berusaha sehabis baik untuk menuliskan sesuatu secara rutin. Moga-moga lebih istiqamah Alhamdulillah, dapat bonding d...