Thursday, May 12, 2011

Langsir Biji Remia

ISBN 978-967-0201-13-9
Karya : Noor Suraya
Siri Si Manis 17 - Jemari Seni Publishing Sdn Bhd
Cetakan Pertama 2011


Sebetulnya aku berjaga malam ini untuk menyiapkan kertas cadangan penyelidikan untuk permohonan HLP, Kementerian Pengajian Tinggi, namun LBR menggodaku untuk menghadapnya hingga selesai. Ternyata novel terbaru tulisan Kak Su ini tidak mengecewakan, sebagaimana novel-novel beliau yang terdahulu, sehinggakan aku teruja mendahulukan ulasan novel ini di blog, melebihi cadangan penyelidikanku, biarpun zaman 'si-manis-17' ku telah lama berakhir. Hihi ;)


Blurbnya tidak akan disalin di sini. Sila anda tatapi dari belakang kulit novelnya. Novel setebal 263 mukasurat ini aku kelaskan sebagai novel cinta patuh syariah ( ewah, macam kaunter saham pulak ye shariah compliant segala macam ) yang harus dibaca oleh muda mudi yang sedang bercinta, untuk gambaran lebih jelas mengenai darjat cinta kepada manusia. Meladeninya membuat aku terasa seperti membaca pengalaman kisah benar.


Novel ini mengisahkan Umair anak muda lulusan luar negara yang menyimpan rasa terhadap anak jiran sebelah rumahnya sejak usianya 13 tahun, kira-kira 10 tahun yang lalu. Keadaan memisahkan mereka dan pertemuan semula berlaku sekembalinya beliau dari luar negara. Tekad Umair untuk memperisterikan Duha, gadis yang digilainya sejak zaman anak-anak tergugat apabila wajah di sebalik purdah itu ditatapnya.


Duha Hafa, gadis kacukan Melayu-Gurjerati merupakan anak tunggal pasangan Dr Hud dan Puan Taslima, terlibat dalam satu kebakaran kira-kira 3 tahun yang lalu. Demi menyelamatkan nenek saudaranya, Tok Su Enap, Duha mengalami kecederaan parah pada wajahnya, memungkinkan kecacatan kekal dan tekanan inferiority complex dalam dirinya.

Garapan kemas Kak Su kali ini, aku kira cukup rencah, asam dan garamnya. Menghadam LBR sepanjang lebih kurang 4 jam membuatkan aku terlupa pada si kecil, Nisa' yang masih mendamba lullaby mengulit tidurnya. (Sorry sayang...) Epilog novel ini mengajak pembaca berfikir tentang hakikat cinta manusia, memaknai hakikat kecantikan itu perlu dilihat dari hati, tentang 'there is always a blessing in disguise'.

Sebagai satu usaha dakwah dari Kak Su, aku fikir novel ini berjaya menyampaikan seruan kembali kepada agama kepada pembaca dengan cara yang sungguh santai tanpa memberi input yang terlalu akademik untuk difahami. Sungguh aku terhibur dengan setiap lenggok cerita, setiap langgam bahasa dalam LBR ini.

Owh, aku bertemu Ain Najwa semula (yang aku kenali lewat Keranamu Ain, CESB) dalam LBR ini. Kisah cinta agung Ain terhadap suaminya sungguh memotivasikan, harus ditelah oleh para pembaca.

Bagaimanakah pengakhiran LBR? Siapakah Ahmad Muhsin yang hadirnya saat Duha sedang merawat hati? Apakah yang berlaku kepada Umair? Siapa pula Tamara Winstedt? Terekoilah sendiri dalam LBR! 'It is best value for money'.

Terbaeekk! ( ikut nada Tok Aba dalam Boboi-Boy... hiks )

Cartaku : *****

No comments:

Post a Comment

Journal journey

Hari pertama. Sedang berusaha sehabis baik untuk menuliskan sesuatu secara rutin. Moga-moga lebih istiqamah Alhamdulillah, dapat bonding d...