Monday, February 14, 2005

"Apa nak jadi dengan engkau?"

Apasal la engkau selalu mengantuk
Kat dewan kuliah selalu tersengguk
Kalau kat sekolah dulu gerenti dah kena ketuk
Sekarang ni kengkawan je la pakat kutuk

Apasal la engkau asyik tuang kelas
Padahal dulu ko bukan budak malas
Dekat nak exam nota orang ko kebas
Sempat pulak berangan nak grad 1st class

Apasal la engkau tak hantar tugasan
Kan ke benda tu masuk markah penilaian
Mana la tau kot sesak masa peperiksaan
At least lulus tu dah ada dalam tangan

Apasal la engkau belajar lewat-lewat
Dah dekat nak exam baru nak start

Engkau ingat exam nanti jawapan ko semua tepat?
Jangankan C, C- pun susah nak dapat

Apasal la engkau suka melepak
Apa kau ingat boleh dapat result gempak?
Ingat sikit kat mak bapak
Kalau kantoi mana muka diorang nak letak?

Apasal la engkau malas belajar
Maka bapak hantar universiti suruh belajar
Kerajaan bagi loan suruh belajar
Persyarah berpenat lelah mengajar
Engkau pulak buat muka kurang ajar
Belajar la woi … belajar!!

Originally created in Oct 2003 at 8thRC UMKL
©Copyright reserved for ‘riaz_afira’ 2003

Journal journey

Hari pertama. Sedang berusaha sehabis baik untuk menuliskan sesuatu secara rutin. Moga-moga lebih istiqamah Alhamdulillah, dapat bonding d...