Tuesday, March 22, 2011

Temuduga JMK 2011/2012 - day 1

Kurang 10 minit jam 4 pagi. aku baru balik dari interview sidang pertama JMK sessi 2011/2012. Sangat mengesankan. Macam biasa, modal aku soalan teka teki je lah. bukan yang start dengan "dalam banyak-banyak" tu... kira, teka teki pandai sikit lah.. yang memerlukan pemikiran luar kotak. hehe

But since aku terlupa nak google banyak2 teka teki earlier,
aku buboh jugak la soalan pengetahuan am, of course la sebab nama aku am kan.... soalan isu semasa... soalan ekonomi dunia.... sekadar hendak melihat bagaimana seorang future leader memberi pendapat, menegakkan pendapat (biar tak betul pun), memahami kepentingan ekonomi dalam sesebuah pentadbiran, mengetahui isu semasa. pada aku seorang mahasiswa, khususnya yang bakal menjadi pendidik kena sentiasa bersiap siaga dengan pengetahuan.

Tapi kalau tanya soalan apa isu sebenar tentang INTERLOK, bleh dapat soalan balas INTERLOK tu ape, (no offense ye adik2 pelajar sekalian) aku rasa memang sangat tidak patut la...atas dasar, you are a teacher to be! kalau bakal pendidik tidak tahu isu ni, memang sudah boleh kira kes berat lah. Aku pun secara jujurnya, belum menghadap lagi Interlok tu, setakat sinopsis tuh tahu la... mungkin lepas ni kena pegi beli senaskhah. Sudah la tentu... berani kau kritik2 orang tak tahu pasal Interlok!?? hahahha

Mujur ada juga yang mengikuti isu nasional ini, tahniah buat yang berkenaan. Walaupun hujah-hujah yang diberikan tidak bersandarkan kefahaman sejarah, menyedari bahawa wujudnya isu yang boleh menggugat keamanan negara ini sudah boleh aku berikan kredit. Yang masih terlena tu, nak buat macam mana ye? :(

Owh, sebenarnye soalan pasal Interlok tu telah occupied masa yang panjang sehingga sidang pertama pun habis pukul 3.30 pagi (ada lagi 2 sidang nih). Maklum lah, debat pasal sejarah dan perlembagaan memang seronok! Sudah lah si sa***, teman sepanel temuduga sound... Tahniah la am... berjaya memanjangkan masa temuduga nih...ko esok jangan sebut-sebut lagi pasal Interlok, tsunami segala bagai nih!!! hehehehe...



...and there's more...

Friday, March 18, 2011

Saya mahu jadi macam Hamka dari blog Kereta Mayat

Apa yang best sangat dengan Kereta Mayat ni sampai gua nak jadi macam dia? Gua sangat suka beliau adalah disebabkan oleh beliau ini sangat bersahaja dalam menegur orang Melayu Islam di tanah Satu Malaysia ni dalam bab-bab bersangkut paut dengan agama Islam, tak kiralah akidah, amalan, feqah dan bab-bab lain yang tak terlalu tinggi untuk dicapai akal dan tak terlalu rendah untuk insult my intelligence. Wohhaaaa

Sebab utamanya adalah sikap orang Melayu sekarang ini yang begitu tebal rasa inferiority complex, tetapi pada masa yang sama mahu merasa sangat Islamik. Ye lah, guna ubat gigi yang ada bunyi islamik, tapi pergi sembahyang pakai jeans takde rasa apa plak ye dak? Kain pelikat pun gambor gajah duduk, gajah berdiri takde pula kecoh-kecoh hantor email ini agenda hindu untuk menerapkan unsur tuhan mereka dalam masjid atau surau?

Pasal salam jadi isu pun satu hal jugak, tapi brader Hamka ni memang bagi satu smash yang padu lah kiranya pada set-set atau kumpulan-kumpulan yang inferiority complex terlampau ni sebagai respon kepada isu salam atau isu akum yang melanda umat Melayu Islam pada masa kini.

Dalam pada masa yang sama, di saat set-set atau kumpulan-kumpulan penegak kemuliaan Islam ini berbantah, berhujah, bersurah mengenai isu-isu BESAR seperti isu salam, isu orang bukan islam masuk masjid, isu orang bukan islam bagi ceramah dalam masjid, isu talkin, brader Hamka melalui blog beliau telah membuat satu pencerahan atau enlightenment kepada masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini khususnya.

Bukanlah nak kata atau khabarkan bahawa brader Hamka ini tahap maksum macam nabi, atau tahap sahibussama’ah macam Mufti Perak, tetapi sekurang-kurangnya beliau memberi pandangannya yang tersendiri untuk menentang arus buta taklid atau mengikut membuta tuli sesuatu pandangan, amalan atas nama Islam.

Oleh itu, harapan gua untuk melihat budaya ilmu menyubur seterusnya budaya berhujah berlandaskan cabang ilmu akan terus membudaya di dalam masyarakat melayu muslim di Malaysia ini menggantikan budaya hujah gua betul lu salah, gua mulia, lu kafir serta gua masuk syurga lu masuk neraka! Wooohaaaaa! < --tiru brader Hamka. :D “Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”

...and there's more...

A New Beginning

Bismillah... Dengan nama tuhan...

Blog yang baru, tetapi masih menggunapakai URL lama, akibat kesempitan idea mencipta nama baru. Harap-harap ada kelangsungannya. Ameen.

Corak penulisan masih mengekalkan gaya yang sama, isi dan rencah mungkin sedikit beda. Masih mengutamakan bahasa ibunda untuk pengantar cerita. Masih menjadi saluran pelepas amarah. Masih sedikit berselindung di sebalik watak dan kisah.

Masih memerlukan sokongan rakan taulan untuk terus menulis. Masih belajar menjadi hambaNya yang mukhlis.

Owh, hampir terlupa, 'TBD' pada tajuk blog bermaksud 'to be determined'. Kiranya ada cadangan menamakan blog ini, tinggalkan saja komen anda di sini. Idea dan buah fikiran anda sangat dialu-alukan, didahului ucapan terima kasih.

...and there's more...