Friday, May 8, 2009

Dedikasi Untuk Farah Che Ani

dia bukan sesiapa dalam hidup aku
bukan anak mahupun menantu
bukan juga adik angkat
jauh sekali sepupu sepapat

jadi, buat apalah bercerita tentang dia
bukannya aku tahu banyak cerita
kitorang bukannye pernah sekelas
pegi outing mungkin la pernah sebas

owh tapi kami pernah sekeretapi
aku ke baling, dia ke sungai petani
tapi bukannye kitorang berjanji
tau-tau je jumpa dalam ekspress langkawi

sepanjang journey sembang bagai nak rak
macam-macam menda jadi bahan gelak
mamat-mamat kat belakang usha satu macam
nak mengurat la tu, macam la kitorang tak paham

rupanye mamat-mamat belakang tu asyek menelinga
cari point nak menyampuk la kata hatinya
sekali rupanye derang tu budak-budak UiTM
sembang la plak ngan minah ni bukan main

aku pun tak ingat dah ape yang derang sembang
pasal lecturer lah, senior lah & kelas yg salu tuang
last skali aku ingat derang mintak no phone
tau dah, dari awal lagi derang nak ngurat che poon

aku tak ingat langsung whether kitorang penah kamceng
tak ingat jugak kot-kot pernah tertempeleng
tapi malam tu aku rasa macam bukan orang asing
maklum lah.. dah ramah terlebih masing-masing

dan journey itu meletak dia dekat di hati
sebagai satu figure yang sentiasa aku ingati
walaupun cite ni mungkin dia tak ingat dah
inilah memori aku dengan seorang budak bernama farah

budak ni pun tak lama lagi nak kawen
teringin betul nak tengok dia naik pelamin
too bad kenduri tu aku tak dapat attend
maklum sajalah ade komitmen lain

oleh itu, selamatlah untuk cik farah
moga-moga majlis walimah anda meriah
walaupun aku tadapat hadir
aku doakan yang terbaik dari mula hingga akhir


p/s : farah, ini hadiah untuk walimah anda. saya rasa bersalah sebab tadapat hadir! huhuhuhu

Tuesday, May 5, 2009

Selamat Hari Jadi, Ain!

Ain mencecah 3 tahun, 2 Mei lalu. Kami buat sambutan kecil-kecilan di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson. Kebetulan, ada hari keluarga Jaringan 11 STAROBA, sekolah ayah mertua saya. Owh ya, sambutan itu bukan setakat hari jadi ain semata-mata kerana ibu & ayahnya juga dilahirkan dalam bulan Mei. Maka, tukar tajuk lah... Selamat hari jadi untuk Ain, Umi + Abi ;)

Sambutan kecil itu meriah juga. Hari keluarga STAROBA lebih meriah. Saya mula berangan-angan, suatu hari nanti, mungkin 20 tahun dari sekarang, alumni sekolah saya, dapat menganjurkan perjumpaan keluarga seumpama itu. Ketika itu, mungkin sudah ada yang bergelar Dato', yang boleh menyumbang biaya program itu. Hehehe, itu angan-angan saya! Harap-harap boleh jadi nyata... Ameen.

Selamat Ulangtahun Puteriku. Moga sentiasa dalam peliharaanNya.

Journal journey

Hari pertama. Sedang berusaha sehabis baik untuk menuliskan sesuatu secara rutin. Moga-moga lebih istiqamah Alhamdulillah, dapat bonding d...