Adik bongsuku, Dik Mas semasa kecil, punya sifat inkuiri yang sangat tinggi hinggalah aku memberinya gelaran Inspektor Gadjet.. owh juga Penyiasat Remaja ( without her knowing of course.. haha.. harap2 dia tak baca entri ni).
Walaupun ini adalah refleksi jati diri yang tinggi, kadang kala boleh buat orang naik darah juga.
Dik Mas paling suka menyelongkar beg sekolahku bila pulang dari asrama. Kebiasaannya dia berjaya mendapatkan coklat, gula-gula atau jajan yang aku sorokkan dalam beg, bimbang dimarah mama.
Nisa aku kira mewarisi sifat ini dari MakSu nya. Sekarang dia gemar menyelongkar dompetku, mengeluarkan segala macam kertas yang ada. Sekonyong dia menjumpai syiling, langsung dia menarik tangan ku.
"Mi, amek tu!" menunjukkan ke arah tabung robotnya yang terletak di atas televisyen di ruang tamu.
Langsung syiling itu dimasukkan dalam tabungnya.
Satu hari dia berhasil mengosongkan dompetku untuk kali kesekiannya dan aku betul-betul terlupa sehinggalah, Murni teman sepejabat mengajakku keluar minum pagi. Waktu itu baru aku sedar aku tidak punya duit barang seringgit pun. Owh anak! huhu
Lewat pagi itu, Ujang melalui YM bertanya pada aku apakah aku punya sedikit wang di akaun Maybank untuk dipindahkan secara atas talian ke akaunnya.
"Alhamdulillah, k.am lah penyelamat saya. Saya malas nak pegi bank nih!" katanya sambil menghulurkan beberapa keping wang RM sebagai tukaran pindahan itu.
Allah.. Allah...
Dan manakah nikmat tuhan yang mahu kamu dustakan...