Oleh kerana tidak tercatat di mana-mana di dalam laman sawang tersebut akan tempoh masa untuk slip tersebut boleh diambil di pejabat cawangan, saya membuat panggilan ke pengendali perkhidmatan tersebut. Maklum gadis operator itu(agak saya berdasarkan suaranya), slip tersebut boleh diambil dalam masa 2 hari bekerja dan meminta saya menghubungi pejabat cawangan terlebih dahulu untuk bertanya sama ada slip itu sudah siap atau belum. (Owh kena telefon pula?! )
Saya menggelintar laman sawang pihak berkenaan untuk mendapatkan nombor telefon pejabat cawangan tersebut. Sengaja saya cuba menelefon walaupun belum 2 hari bekerja. Sekadar ingin membuat pertanyaan. Tahu apa yang dijawab oleh mereka?
Setelah panggilan saya di'pas' sebanyak 3 kali kepada orang yang berlainan, akhir sekali jawapannya "owh ini yang renew online tu ye? ini kenal deal terus dengan pejabat besar.. ini memang tadde kena mengena dengan kita!!"
Kalau begitu lah gayanya, tidak perlulah sediakan perkhidmatan atas talian. Bukannya lebih memudahkan, bahkan menambah sakit hati sahaja!
Hmm.. memang lah minggu ini minggu geram sedunia!!
P/S : Sempat menunjukkan protes kepada kekejaman Israel pagi tadi. Berdoa sesuatu yang lebih drastik dapat saya lakukan kerana bagi saya demo ini langsung tidak memberi kesan apa-apa kepada peperangan tersebut!
No comments:
Post a Comment