Wednesday, November 4, 2009

Parkir

Dahulu staf pejabat saya lebih kurang 30 orang sahaja. Kini sudah menginjak angka 80. Pertambahan hampir 3 kali ganda. Sudah tentulah bilangan kenderaan juga makin bertambah.Kawasan parkir di pejabat saya semakin sempit. Itu belum termasuk kenderaan pelajar yang tidak tahu menghormati parkir staff, kenderaan pelawat, staf jabatan lain dan sebagainya. Kawasan pembinaan berhampiran pejabat saya juga menyumbang punca kesesakan tempat letak kereta ini.


Namun begitu, masih terdapat dalam kalangan mereka yang memahami akan masalah ini hanya mementingkan diri sendiri."aku dapat park & tak susah nak keluar karang sudah... orang lain ape aku peduli!!" paradigma seperti itu memang sukar diubah.


Di bahagian tengah parkir terdapat deretan 3x2 kawasan parkir yang tersedia. Pada beberapa ketika, kawasan itu menjadi deretan 4x2 kerana kehabisan parkir. Ini kadang-kadang memberi masalah kepada orang yang meletakkan kenderaan di sebelah dalam parkir, menghadap pejabat kami. Kalau orang itu adalah saya, dan kereta saya menghadap pejabat pada ketika itu, sudah tentu lah saya tidak akan berjaya mengeluarkan kenderaan saya dari kawasan parkir. Maklumlah, bukannya cekap sangat memandu!Namun, memandangkan parkir sudah tidak ada, maka redha sajalah!


Apa yang membuatkan saya panas hati adalah mereka yang awal2 lagi membentuk deretan 4x2 itu walhal masih banyak lagi parkir kosong di bahagian dalam menghadap pejabat! Saya faham, mereka ini tidak mahu mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kereta mereka tetapi kalau orang lain yang bermasalah.. tidak mengapalah! Perbuatan ini juga menyebabkan kesukaran untuk orang lain mengisi parkir bahagian dalam itu kerana kawasan laluan kereta semakin sempit. Pagi semalam, saya mengambil masa hampir 5 minit untuk meletakkan kereta di parkir bahagian dalam (yang ketika itu masih terdapat 5 kekosongan) disebabkan deretan kereta 4x2 itu. Sudah lah begitu, diperli pula(secara gurauan) oleh teman sepejabat "akhirnya, setelah ke depan ke belakang beberapa kali... berjaya juga ye kak am ye!"


Itu belum lagi saya bercerita tentang mereka yang men'double triple'kan parkir di bahagian belakang. Melihatnya sahaja sudah bikin saya sakit jiwa, macam hal keadaannya di kawasan Pantai Dalam. Bayangkan sahaja jika anda terpaksa keluar kerana kecemasan, dan 2 3 buah kenderaan menghalang laluan, apa perasaan anda ketika itu? Tetapi oleh kerana, mereka yang berbuat demikian itu, langsung tidak sensitif dengan soal sebegitu, maka, begitu lah jadinya!


Huh, kalau saya masih kanak-kanak, mungkin saya sudah ambil duit satu sen dan mencalarkan saja kereta-kereta itu!


Sedikit cadangan buat mereka yang hanya mementingkan diri sendiri ini
1) Datang awal! Pilih lah mana-mana parkir yang anda suka!


2) Jika berhajat membentuk parkir 4x2 itu, datanglah sedikit lewat! Pastikan parkir sebelah dalam terisi dahulu sebelum membentuk deratan tambahan itu! TAPI, FIKIR-FIKIRKAN... Jika anda tidak mahu disusahkan, percayalah, orang lain pun begitu juga!


3) Cari lah parkir lain. Di Blok C atau di sebelah bangunan Canselori, masih ada kekosongan parkir! Jauh? Senaman bagus untuk mengurangkan lemak! Jika anda tidak mahu kenderaan anda dihalang, percayalah, orang lain pun begitu juga!


4) Tidak boleh juga? Tak perlu berkerta ke pejabat! Jalan kaki atau naik motor sahaja lah!

No comments:

Post a Comment

Journal journey

Hari pertama. Sedang berusaha sehabis baik untuk menuliskan sesuatu secara rutin. Moga-moga lebih istiqamah Alhamdulillah, dapat bonding d...