Wednesday, January 28, 2009

Cawan Mocha

bukan entri kontra cawan pink, milik cik nuhaa
bukan juga entri minum pagi dengan secawan mocha

ini cerita cawan mocha aku yang hilang
bukan hilang tapi orang pinjam tak pulang

cawan tu aku letak kat pantri
sape2 nak pinjam, tadde masalah.. aku bagi

cawan tu hilang hari rabu minggu lepas lagi
esoknya aku jumpa cawan tu kat sinki

dalam cawan tu ade air warna keruh
ada kesan gincu, sah la belum berbasuh

mula-mula aku tak kesah
mungkin tukang pinjam tak sempat basuh, esok sajalah

hari ini, aku cari lagi cawan itu
di pantri, di sinki, masih begitu

wah.. guna tau, basuh tak reti
len kali jangan harap aku bagi pinjam lagi

hello, masuk hari ni dah seminggu tau!
tak sempat basuh?? banyak alasan kau!!!

aku ingat nak sound sket kat YM
kang korang plak cakap "wah si Am tu kedekut bukan main!!"

sudahnya.. cawan tu aku yang basuh sendiri
huh.. bengang aku tak hilang lagi ni!!

sape yang guna cawan aku tak reti basuh tu??
mintak maap ngan aku cepat sblum aku naik hantu!!

abes cite cawan mocha aku!
wassalamu

cawan mocha dengan 2 set tanduk setan (courtesy of kak put)

Sunday, January 11, 2009

Antara ... dengan ......

Antara luka dengan melukakan
Antara duka dengan mendukakan
Antara kecewa dengan mengecewakan
Antara hampa dengan menghampakan

Antara cita dengan mencitakan
Antara pesona dengan mempesonakan
Antara ceria dengan menceriakan
Antara bahagia dengan membahagiakan

Apakah ada beda?


















Ya, perkataan awal itu adalah kasar dasar yang juga kata nama am (nouns), merujuk pada perasaan, sementara yang kemudian itu adalah kata dasar dengan imbuhan awalan me... dan akhiran ...kan, membentuk kata kerja(verbs).

Sekian, kelas bahasa untuk hari ini.

nota kaki : Penulis sebenarnya cuba berkarya, tetapi tiba-tiba dia blackout, maka ini sahajalah hasilnya. Semoga beroleh manafaat.

Friday, January 9, 2009

Lesen Memandu

Saya baru sedar lesen memandu saya sudah tamat tempoh tahun lepas.. bulan Disember. Kalau saya tidak langgar tiang semalam mungkin saya belum sedar lagi. Maka betul lah setiap perkara yang berlaku itu ada monotnya (lawak ini mungkin hanya difahami oleh rakan sepejabat sahaja) Saya sengaja hendak mencuba perkhidmatan memperbaharui lesen memandu secara atas talian. Saya pilih pembaharuan untuk 3 tahun sekaligus. Mula-mula saya pilih mod penghantaran melalui pos, tetapi apabila membaca terma bahawa slip lesen akan dihantar kepada saya dalam masa 5 hari bekerja, maka saya buat keputusan untuk ambil slip tersebut di JPJ cawangan terdekat sahaja.

Oleh kerana tidak tercatat di mana-mana di dalam laman sawang tersebut akan tempoh masa untuk slip tersebut boleh diambil di pejabat cawangan, saya membuat panggilan ke pengendali perkhidmatan tersebut. Maklum gadis operator itu(agak saya berdasarkan suaranya), slip tersebut boleh diambil dalam masa 2 hari bekerja dan meminta saya menghubungi pejabat cawangan terlebih dahulu untuk bertanya sama ada slip itu sudah siap atau belum. (Owh kena telefon pula?! )

Saya menggelintar laman sawang pihak berkenaan untuk mendapatkan nombor telefon pejabat cawangan tersebut. Sengaja saya cuba menelefon walaupun belum 2 hari bekerja. Sekadar ingin membuat pertanyaan. Tahu apa yang dijawab oleh mereka?

Setelah panggilan saya di'pas' sebanyak 3 kali kepada orang yang berlainan, akhir sekali jawapannya "owh ini yang renew online tu ye? ini kenal deal terus dengan pejabat besar.. ini memang tadde kena mengena dengan kita!!"

Kalau begitu lah gayanya, tidak perlulah sediakan perkhidmatan atas talian. Bukannya lebih memudahkan, bahkan menambah sakit hati sahaja!

Hmm.. memang lah minggu ini minggu geram sedunia!!

P/S : Sempat menunjukkan protes kepada kekejaman Israel pagi tadi. Berdoa sesuatu yang lebih drastik dapat saya lakukan kerana bagi saya demo ini langsung tidak memberi kesan apa-apa kepada peperangan tersebut!

Tuesday, January 6, 2009

Kak Put

Hari ini hari jadi kak put.

Dia sengaja ambil cuti hari ini.
Mungkin mahu pergi sambut hari jadi.
Atau sengaja takut saya kenakan dia lagi.
Seperti tahun lalu, pada tarikh ini.

Saya hantar sekeping kad kecil.
Kad harijadi yang sangat comel.
Mula-mula mahu scan dalam emel.
Tak jadilah, mungkin boleh kenakan dia sambil-sambil.

Saya letak kad itu atas meja dia.
Konon-kononnya dari peminat rahsia.
Saya buat tak tahu bila dia tanya.
Kesian tengok dia, akhirnya saya mengaku saja.

Kak Put duduk sebelah kubikel saya.
Orangnya comel berkaca mata.
Suka layan cite jepun & korea.
Tak tahu la yang best tu tang mana.

Bab programming dia memang pakar.
Silap-silap, orang kat kampeni Bill Gates pun tercabar.
Dalam tipon sound orang siket punya lancar.
Tapi kat belakang, tangan dah menggeletar.

Kak Put juga suka tolong orang.
Masa saya pindah rumah, dia yang tolong angkat barang.
Waktu kerja dia memang series semedang.
Sebab itu dia dapat anugerah pekerja cemerlang.

Sekian kak put empunya cerita.
Panjang lagi kalau nak dikarang sebenarnya.
Motif entri nih nak ucap selamat hari jadi sahaja.
Kalau nak berkenalan dengan dia, pm lah dia.

Itupun kalau dia nak layan lah.
Kalau tidak, minta maaf sahajalah.
Eh, tadi kata nak berhenti dah!
Ok lah.. sudah.. sudah!!


Saturday, January 3, 2009

"Aku Tak Paham"

aku tak paham
time-in ko sume area jam 7
tapi tanampak muka sampai kol 10
asal aku lalu je buat keja cam bersungguh
keja tak siap mula la berpeluh

aku tak paham
bila tanya sibuk semedang
tapi keja sume sub kat orang
user kompelen kang baru tercengang
ha.. amek ko... terkangkang-kangkang

aku tak paham
taim orang cuti ko datang kerja
tapi pelik, siapnya tak juga
kalo tanya tak siap pasal apa
huh alasan tak tahan... panjang berjela

aku tak paham
hari-hari macam bizi
agak2 ade problem pandai plak ko lari
bikin sakit jiwa sakit hati
apsal la ade orang cam ko kat dunia ni!???

Tuesday, October 23, 2007

"Kan Best Kalau Aku Jadi Boss"

:(

arah orang suka-suka hati
keja banyak pas jek kat kuli
cemana nak siapkan aku tak peduli
report siap jek aku nak nanti

korang nak kutuk aku belakang-belakang
cakap siang pandang-pandang
takut ade jek yang jadik lalang
kejap stuju, kejap kang kat aku la dia pi canang

orang lain sume salah
kalau aku salah jangan plak ko kesah
ko nak hangen itu ko punye masalah
nak slow talk ngan aku... kirim salam sajelah

kan best kalo aku jadi boss....
::sigh::


huhu.. what i like most when i'm in stress is that i managed to write a poem...
maybe not a grammatically-proper-Malay-poem one but hey.. it's my poem.. and my blog... hahaha

owh ya.. saya sudah kembali ke pejabat walaupun masih tiada perasaan untuk menyemak kod atucara jsp dan java...
walau bagaimanapun, selamat bertekun kerja!!

Tuesday, August 14, 2007

ANDAI TIADA ESOK UNTUKKU

Andai
Kasih itu belum berkembang
Kan kuutuskan bingkisan buat bintang
Agar tak terbit bila malam menjelang
Kelak kenangan yang mengekoriku bak bebayang
Hilang bersama kegelapan yang mendatang

Andai
Sayang itu belum menyubur
Pesanku pada dedaun yang gugur
Bawalah hasratku yang kian hancur
Agar lebur di atas tanah yang gembur
Moga tanpa nisan ia berkubur

Andai
Cinta itu belum berputik
Sampaikan pesanku buat hujan yang merintik
Agar turun walaupun panas kian terik
Moga setiap titisan yang menitik
Memadam impian yang kuanyam setiap detik

Andai
Dapat kuputarkan masa
Akan ku olah semula sejarah cinta
Agar tak wujud cerita kita
Agar tiada hati yang terluka
Agar tiada jiwa yang merana

Dan andai
Tiada esok untukku
Kuharap kau kan mengerti perasaanku

digging for something in life beyond time through heart
06 Ramadhan 1423
11 November 2002
1300 hrs

Journal journey

Hari pertama. Sedang berusaha sehabis baik untuk menuliskan sesuatu secara rutin. Moga-moga lebih istiqamah Alhamdulillah, dapat bonding d...