Tuesday, July 14, 2009

Kembali padaNya - Cik Faridah bt. Mohd Nor

Saya memang lemah menulis entri belasungkawa. Ya, secara literal. Saya tidak pandai berkongsi duka dengan ramai orang, tidak seperti berkongsi saat-saat riang. Saya tidak punya banyak kosa kata yang menggambarkan kesedihan. Saya selalunya gagal menyiapkan entri mengenang mereka yang telah pergi kerana tidak mampu mengungkapnya dalam perkataan.

12 Julai 2009, jam 6.54 pagi, saya terima panggilan dari nombor tidak dikenali. Namun, panggilan itu tidak sempat saya jawab. Perasaan kurang enak terus menyelebungi. Intuisi saya menyebut, panggilan itu hendak memaklumkan seseorang yang dekat, telah menyahut seruan Ilahi. Saya hubungi semula nombor itu 2 minit kemudian.

"Am, Makla ni! Acu dah takde!"

Tepat. Saya terdiam. Terkejut. Sedih. Langsung saya maklumkan kepada suami, merancang untuk menziarahi jenazah Acu. Begitu dan begini, jam 12 tengahari baru kami sekeluarga tiba ke rumah Acu, sedikit lewat kerana jenazah baru sahaja dibawa ke tanah perkuburan. Pengurusan jenazah beliau begitu mudah dan pantas.

Acu, yang baru semalam saya ketahui nama penuh beliau, menerusi emel sirkulasi jabatan saya memaklumkan kematian beliau, adalah pengasuh di taska Ain & Utbah. Beliau saya kenali lebih kurang 3 tahun yang lalu, sewaktu Ain pertama kali saya tinggalkan di taska, sebaik memulakan tugas selepas 2 bulan bercuti. Acu menjaga kelas bayi ketika itu. Beliau cukup disenangi oleh bayi-bayi di kelas itu. Bahkan ada di kalangan mereka yang hanya mahu dipujuk oleh Acu jika menangis, disuap oleh Acu tika makan, bermanja dengan Acu waktu main.

Sayangnya, waktu 3 tahun terlalu singkat. Tidak banyak yang saya ketahui mengenai beliau. Pemergian beliau terlalu mendadak. Jumaat lepas, beliau masih bekerja seperti biasa, rutin berjalan kaki dari taska ke rumah masih seperti biasa. Tiada apa yang luar biasa tentang beliau, melainkan beliau sedikit senyap berbanding hari-hari biasa. Begitulah yang diceritakan oleh teman-teman sekerja beliau.

Takziah saya untuk keluarga beliau. Tidak sempat saya merakamkan setinggi penghargaan saya kepada beliau kerana menjaga anak-anak saya seperti anak sendiri. Tidak berpeluang saya mengungkap terima kasih kerana pernah mewarnai hidup kami. Semoga rohnya tenang di sana.
Al-Fatihah.

Wednesday, July 08, 2009

tagged by rahmah

saya sudah muak (mungkin) berblog! mungkin ini sindrom biasa setiap kali lepas aktif berblog (macam bulan lepas). mungkin tiada apa lagi yang menarik untuk diblogkan. mungkin saya akan berhenti berblog selepas ini. mungkin juga saya akan menutup blog ini dari tatapan umum. jika anda pengunjung tegar, beri saya sekurang-kurangnya satu sebab, mengapa saya tidak perlu menutup blog ini. jika sebab yang diberikan begitu menyentuh hati, mungkin saya akan ubah fikiran. heh ;)

apapun,buat masa ini tiada cerita-cerita baru untuk dikongsikan. cuma menyelesaikan hutang-hutang tag yang tertangguh lama. harap-harap semua dapat diselesaikan sebelum saya betul-betul berkeputusan berhenti memblog

1. Anda lebih suka karipap sardin atau karipap kentang ?

karipap kentang

2. Anda lebih suka air kelapa atau air tebu ?
air tebu

3. Apa pandangan anda mengenai isu jerawat tumbuh selepas makan kacang ?
i dont buy it...

4. Anda paling tertarik dengan lelaki/perempuan yang macam mane ?
macam saya.. dalam versi yang berlawanan jantina... (hehehehe buleh jawap cam tu??)

5. Apakah perkara yang wajib anda buat sebelum tido ?
sekarang ni... memastikan anak-anak tido dulu lah



[soalan yang memerlukan anda berfikir dengan lebih mendalam]


1. Andaikan ada orang menghina ahli keluarge anda. apakah yang anda akan buat ?
buat tak tahu saja.. tapi dalam hati.. owh hina famili aku ye??? tunggu lah


2. Adakah anda akan tolong kawan anda yang dalam kesusahan walaupun dia pernah khianati anda ?
;) yup


3. Andaikan besok hari terakhir anda hidup. Apakah perkara yang anda ingin buat sebelum mati?
melangsaikan semua hutang-piutang

4. Adakah anda akan pilih orang yang anda cintai atau orang yang anda sayangi sebagai pasangan hidup ?
orang yang menyayangi & mencintai saya

5. Apakah yang membuatkan anda bersemangat untuk hidup sampai sekarang?
islam, anak-anak,keluarga, myupsi portal (hahahhahaha)


6. Andaikan masa dapat diputarkan balik, apakah yang anda ingin betolkan ?
tiada... i'm having a perfect life despite menda2 sedey/ tak best yang pernah berlaku dalam hidup saya


7. Adakah anda akan give up jika perkara yang anda lakukan asyik gagal?
mungkin, jika perkara itu bukan minat saya


8. Adakah anda akan memaafkan orang yang telah merosakkan kehidupan dan kerjaya anda ?
mungkin. tapi forgive is easy, to forget is not!

9. Andaikan kawan anda menghidap penyakit berjangkit. Adakah anda akan masih bekawan dengan dia?
masih

10. Sesetengah orang mengatakan budak-budak amatlah menyusahkan. Apa pandangan anda ?
sangat tidak bersetuju!!! walaupun kadang2 rasa tensen jugak dengan perangai masing2... keh keh keh


Tag 5 orang
#1 Kak Zah
#2 Kak Mah
#3 Kak Ina
#4 Murni
#5 Siti Munirah

Wednesday, July 01, 2009

Selimut Patchwork & Comforter

My 1st level superior @ office has venture into online business. "I was induced by colleagues especially ina koalajepong, fuzzy c'chantique and kim", says he. As a big supporter of friends and business, i had promise him, a significant entry in my blog, announcing the existence of his blog. It's a bit late atcually, but better late than never right? so... here it is...

berminat memiliki selimut patchwork untuk yang tersayang?

atau comforter dengan watak cerita kartun kegemaran anak2?

layari laman web ini -->http://thegreenshoppe.blogspot.com/

pelbagai design dan corak menarik untuk pilihan anda!

cepat sebelum kehabisan stok!


(please take note that, none commission were compromised during the process of making this advert, so pardon the cliche-ness! ;) hehe)

p/s : bos, kalau ade komisyen untuk saya, dah tentu saya promote kaw-kaw punye! TQ

Tuesday, June 30, 2009

FMG - Khitam

July is coming, which means FMG has come to it's end. Previously, i have plan to allow u guys to vote, but since there's no competitor (nobody answers right for all the question) so, no need to vote as well!

Answers of the quizzes.

Siri 1 - Pemilik BC045K158 was none! Calon PMR 1996 berjumlah 157 orang sahaja.
(tiada yang betul untuk soalan ini!)

Siri 2 - Muhammad Najib Masdan & Mazwana Muhammad
normi, wawa, syah, kama + joe got it right!

Siri 3 - Puan Aznaliza
aran, normi + syah was right

Siri 4 - Cik Fadilah
pujan hampir betul.. tapi tak betul.. maka tiada yang betul jugak untuk soalan ini

Siri 5 - Biologi, Fizik, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun + Bahasa Arab Tinggi.
(Tiada yang betul)

according to the quizzes, none eligible to have the voucher ;) so, i'll carry forward the present, to next round... next year insyaAllah ;)

anyway friends, your contribution has made my day and for that, i thank you! ;) moga ukhuwwah ini berkekalan. ameen

Tuesday, June 23, 2009

FMG Siri 5 - Cikgu Zulkifly Salleh

Kenapa cikgu zul? kenapa bukan cikgu lain? here's 5 reasons
#1 sebab cikgu zul antara cikgu paling otai kat sekolah tu
#2 sebab most of us kenal dia so, most of us ade at least sedikit memori tentang dia, kalaupun dia tak pernah mengajar korang, dia pernah jadi ketua warden, so nak tak nak korang mesti penah deal jugak dengan dia
#3 sebab aku baca entry kat FB ngan FS, majoriti cakap cikgu zul is one of their fav teacher
#4 sebab ini blog aku, sukati aku la nak pilih cikgu sape kan! hahahaha
#5 sebab ini blog aku, sukati aku la nak pilih cikgu sape kan! (saje aku ulang dua kali, kalau ikut balaghah, ini namanye taukid... hehe.. kelas arab skett...)

5 things about Cikgu Zul
#1 masa form 1, time nak separate kelas KH ikut opsyen (KMT/ERT) cikgu zul cakap, "sape yang dari sekolah lama amek KMT, kena amek KMT, sapa yang dulu ERT, kena amek ERT!". aku dah ternganga masa tu. flash back, kat sekolah lama, masa nak amek opsyen tu, cikgu KH aku, Puan Saleha tanye sape2 volunteer nak amek KMT sebab tak balance, ERT ramai, KMT sikit... sume budak pompan nak amek ERT. aku pun cakap kat geng( fairuz, nuhaa & sued) yang akan pegi SMKAKS, " korang, jom la kite amek KMT kat sini, nnt masuk skolah baru kite amek la ERT balik" sued buat pilihan bijak sebab dia tak ikut cakap aku.... maka aku pun mengadap cikgu zul, "Cikgu, kitorang dekat sekolah dulu amek KMT sebab ERT punye kelas dah ramai sangat, kitorang bukannye minat pun nak amek KMT ni, boleh tak kitorang tukar kat sini?" cikgu zul pandang aku direct to the face. " TAK BOLEH!" hah.. padan muka aku... pandai sangat!!! maka kekal lah aku, nuhaa & fairuz jadi budak KMT. naseb baik kelas KH cikgu zul best! ;)


#2 ade lah skali tu, aku pun tak ingat bulan pose ke lepas raya, tapi taim tu musim budak2 main mercun kat skolah. bukan budak laki aje.. budak pompan pun sama. cite tahun bila pun aku tak ingat dah.. tapi either 1994 atau 1995 la sebab taim tu kat asrama lama lagik.ade la satu grup budak2 bijak nih yang kunun2 nak kenakan orang.. pegi la pasang mercun tarik kat pintu toilet, so that mercun tu meletup kalo sape2 bukak pintu tu. aku pun tak reti lah nak bercerita secara teknikal nye macam mana derang buat, aku cite ala kadar ni harapnye korang bleh imagine lah!.nak jadi cite, malam tu giliran cikgu zul bertugas. ade lah inspection mengejut. maka kitorang, pelajar-pelajar puteri,kena lah berkumpul kat ruang tengah2 hostel tu.lepas tu cikgu zul pegi la buat round ke toilet, check kebersihan la kot. sekali dia naik toilet wing A 2nd floor tu, tetiba dengar bunyi letupan. ada lah wajah2 girang bertukar menjadi cuak & cemas. tetiba, dari toilet tingkat atas tu cikgu zul menjerit. "ini siapa yang punya kerja ni???!!" masing-masing menikus. "owh, tak mengaku ye!!..! Amrah mana?? naik sini sekarang!" ah sudah! apehal plak aku nih! sumpah aku tak buat! "Fairuz Liza pun naik sekali!" kitorang pun naik la jugak pasal takut cikgu zul mengamuk. sampai je toilet tu, cikgu zul soh kitorang dua bukak sume2 pintu toilet kat sume wing! apa lagi.. berdam dam dum bunyi mercun la asrama puteri taim tu! betul la budak2 nih! naseb baik kitorang tadak heart attack tau!! sampai ke sudah aku rasa tadde orang yang mengaku kat cikgu zul sape yang buat keja bijak tu! tapi aku ingat2 muka cikgu zul masa tu macam kelakar jugak la.. mungkin dia pun ade sedikit takut kot masa tu.. saspeng saspeng.. kalau tak takkan dia soh kitorang pi bukak pintu2 yang ade mercun tu kan! owh ye, sape yang buat keja tu ye! aku tau sape ;) aku bagi can korang teka... tak pun... korang confess ke... heheheh ;)

#3 cikgu zul mentor aku masa program mentor-mentee tahun 1996. aku bet ada antara korang tak ingat dah pun sape mentor korang, sebab tak penah pun jumpa mentor. lagi best korang tanye balik... ade ke program tu.. ke si am ni reka cite jek.. hehehe... tapi bukan cikgu zul! dia salu jugak buat perjumpaan ngan anak2 mentee, buat jamuan kat umah dia. first time perjumpaan, buat suai kenal..(nak suai kenal hapenye.. dah 3 tahun dah kenal!!!) so masa suai kenal tu berlangsung... sume orang pun dengar gitu2 jek la masing2 perkenalkan diri... abes sume orang kenalkan diri masing2, cikgu zul buat pop-kuiz, " ok hidayati, azrin nih asal dari mana?! " " asyran, hidayati ni suka buat ape?!" " zunairah... cuba cite sikit pasal jamikaliza?!" "amrah, ape yang kamu tahu pasal yazid?!" haa... masak la masing-masing! tapi padan la muka kan! sape soh bila mengadap makanan masing2 sume jadi pekak kan!

#4 satu hari dalam tahun 1997, aku tertidur lama lepas solat zohor, sampai terlewat pegi prep. kebetulan hari tu cikgu zul warden bertugas. sume budak2 puteri yang lewat cikgu zul kumpulkan depan asrama puteri. nak bagi denda, kena pusing satu sekolah, baru masuk kelas prep. aku dari jauh dah nampak cikgu zul kat situ... rasa nam menangis pun ade.... alahai.. memang kantoi tak leh nak cover lah kali ni. ape menda la yang aku nak kelentong cikgu nih!!! huhuhu......... pusing keliling sekolah taime prep... malu beb!! last-last aku pikir.. kena denda.. denda la.. macam la tak biasa kan kena denda dengan cikgu zul!. skali tu nak jadi cite, bila cikgu zul nampak aku, dia siap bleh tanye "ade sape lagi kat hostel?" aku pun jujur lah menjawab "rasa tadde sape dah cikgu!" dan aku lepas macam tu jek terus pergi prep! fhew! selamat! aku perasan ade la dua tiga budak puteri yang kena denda tu pandang slek kat aku...dah nak buat cemana kan.. bukan aku merayu2 kat cikgu jangan denda aku kan! hahahhahahaha... agak2 korang2 yang ade di situasi itu ketika tu, musti hangen giller ngan aku kan!??

#5 masa form 5 ( eh ke masa form 4 aar!?), cikgu zul bagi aku lesen besar gi buat inspection kat aspura time solat jumaat, to ensure tadde budak laki ponteng solat jumaat. gila tak best. kalau cantik tappe! ini.... huhu.. tak sampai ati pulak aku nak sambung... paham2 sendiri la kan... tapi kan kawasan asrama tu kan kawasan larangan untuk kaum berlainan jantina kan? so kalo dapat akses macam tu, ade perasaan macam sedikit VIP la jugak... padahal.. kalau ade pun budak laki2 yang memang memonteng... macam la aku berani nak sound pun! karang aku plak kena pukul kat asrama putera pastu pengsan sampai orang balik jumaat macam mana... huhu haru haru... maka kami menginspek beramai2. aku + areen + lute + ain + kamel.. ke ade sape lagi? tak ingat dah. but take my word for it... perasaan dia tak best langsung, ok! no offence ye penghuni2 aspura!

Quiz :: senaraikan kombinasi subjek elektif yang diambil oleh pelajar aliran sains pada SPM 1995.

cukup lah 5, nak tuleh lagi kang korang plak tak larat nak baca! so, sila ceritakan kenangan anda bersama cikgu zul ye! satu ke sepuluh ke, ikut suka korang lah! kenangan manis, pahit, masam, masin, tawar... apa segala lah!

Friday, June 19, 2009

FMG Siri 4 - selamat ulang tahun

Tahun 1995 pada hari genap usia saya 14 tahun, saya terima hadiah coklat cadbury kecil-kecil beserta tape rakaman tanpa nota pengirim. Saya kira, pengirim menghantar suara bagi menggantikan nota-nota kecil yang selalu beliau perolehi dari teman2 saya yang kadang-kadang secara sukarela menulis dan menghantar nota-nota kecil bagi pihak saya. Kebetulan bentuk tulisan kami hampir sama! Sayangnya, coklat itu telah saya habiskan dengan berkongsi dengan rakan-rakan sebilik, tanpa mendengar pesanan suara yang meminta coklat itu dikongsi dengan beberapa individu tertentu.;)

Keesokan paginya, saya terima hadiah berbentuk kotak berbalut di tinggalkan di atas kerusi saya dalam kelas 2 Taqwa dengan nota "Selamat Hari Lahir AidilAdha" tanpa sebarang parap nama atau simbol identiti pengenalan diri (kebetulan hari lahir saya jatuh 2 hari sebelum perayaan tersebut). Mula-mula, saya fikir, ada orang mahu mempermainkan saya. Kotak tersebut agak besar, hingga tidak boleh dimuatkan di dalam laci meja tetapi agak ringan. Tidak mahu tertanya-tanya, saya buka kotak itu dan ternyata yang ada cuma cebisan surat khabar yang digunting halus-halus. "Dah agak dah! eeeiiee kalau dapat la sape yang buat keja ni... siap la!!!" itu kata saya kepada teman semeja, Rasidah. Mujur Sidah ambil kotak itu dan menyeluk bahagian dalam. Rupanya ada satu bar coklat (lagi? see.. kalau aku gemuk tu bukan 100% salah aku la kan??).

Saya bertanya pemberi pertama kalau-kalau dia sengaja buat begitu, beri hadiah sampai 2 kali. Dia menafikan. Saya pun malas mahu menjejak pengirim rahsia itu. Jika anda orangnya, sila lah buat pengakuan ke email saya ya! Itu pun jika anda masih ingat lagi lah!. Seperti biasa, buat baik dibalas baik, saya juga menghantar coklat beserta kaset lagu nasyid (haha) kepada empunya diri yang bermurah hati memberi coklat kepada saya itu semasa harijadinya pula. Pemberi misteri pula tidak saya berikan apa-apa kerana saya tidak tahu siapakah gerangan.

Saya juga terima sebuah mug biru kundang dari kakak angkat saya yang masih saya simpan hingga kini. Walaupun hubungan adik-kakak angkat tidak serapat orang lain, saya sangat menghargai beliau dan ingat saya terhadap beliau hingga ke hari ini masih tidak kunjung padam walaupun kami hanya sempat bersama di SMKAKS untuk satu tahun sahaja. Memang waktu yang cukup singkat untuk mengenali hati budi masing-masing.

1996 tahun paling seronok meraikan hari jadi, kerana saya terima banyak kad, kad kecil, nota kecil, tanda ingatan dari kawan-kawan, adik-adik dan kakak-kakak. Saya sangat terharu. Cuma tiada coklat untuk tahun ini. Heh. Sahabat baik saya menghadiahi saya penanda buku dengan kata-kata hikmah yang masih saya simpan hingga kini. Tetapi Nonoi telah membuatkan beliau sedih kerana "owh bookmark hallmark ni harga dia RM3.50 kan??". Sahabat, sebenarnya ingatan itu yang lebih berharga, bukan hadiah, bukan harganya ;).

Paling tidak dapat saya lupakan, rancangan mempermainkan Nonoi di harijadinya. Kami sepakat untuk berpura-pura lupa akan hari jadi beliau dan berusaha melencongkan perbualan ke arah lain sekiranya Nonoi cuba memberi bayangan tentang ulangtahun beliau. Kami sedar, Nonoi kelihatannya agak kecewa. Hingga menjelang malam selepas prep, kami muncul dengan kejutan kek harijadi untuk beliau. Kami lihat genang air di tubir mata beliau. Terharu. "Korang ni memang tau! Aku dah nak merajuk dah sebab korang tak ingat harijadi aku!". Kami tersenyum gembira. Kami dalam cerita ini adalah saya, Areen, Kamel, Izat & Izzah.

1997 saya menghadiahi sesorang jam tangan sempena hari lahir beliau, tanda ingatan kerana menjadi sahabat baik saya sepanjang 2 tahun setengah berada di SMKAKS. Saya juga masih ingat meraikan hari lahir Che Noe dengan sebiji kek kecil dikongsi hampir 40 orang pelajar puteri kelas 4 Amal. Waktu itu, belum lagi tawaran-tawaran ke SBP dan MRSM sampai kepada mereka.

Juga tidak dilupakan, rancangan kejutan harijadi kepada Puan Tazliah, guru kelas kami. Dengan bantuan Puan Hayati, membelikan kek, pinggan & cawan kertas, kami berpakat di dalam kelas untuk berkumpul mengelilingi cikgu sejurus selepas kelas Kimia tamat. Kebetulan hari itu, ada ujian Kimia. Sebahagian pelajar puteri kelas kami, dipimpin penolongnya, Zulfa merapati cikgu
bertanya itu dan ini mencuri masa cikgu agar sebahagian lagi dapat menghias kelas, menyediakan kek dan mengangkat tong air dari kantin. Izzee, ketua kelas dan Hamka merupakan mereka yang menawar diri mengangkat tong air dari kantin hingga ke kelas kami di aras 2.

"OK dah.. esok pulak tanya.. saya nak pegi rehat!" itu kata cikgu mahu meleraikan pelajar puteri yang memenuhi meja guru dan apabila cikgu mahu bergerak keluar dari kerumunan itu, kami beramai-ramai menjerit "SURPRISE!!!" Cikgu Tazliah jadi sebak dan terharu kerana kami bersusah payah merancang sambutan kecil itu untuk beliau. ;) Minggu itu kebetulannya minggu
terakhir beliau di SMKAKS sebelum berpindah ke Muar.

1998 malangnya saya tidak ada memori tentang sambutan hari jadi tahun ini. Mungkin sudah penat merancang kejutan buat teman2, rakan-rakan sebilik & cikgu-cikgu. Mungkin saya sibuk menumpukan perhatian untuk peperiksaan besar (hehe). Mungkin juga saya berharap ada pula kejutan untuk saya(ahaks). Eh sebentar, sekuntum ros merah dan sepasang pena mata bola dan tinta dakwat isian semula yang masih saya simpan hingga hari ini dari pengirim yang berbeza, itu sempena apa ya?. Err sebetulnya, ros itu sudah lama saya buang kerana sudah layu, pena mata bola itu pula sudah kehabisan dakwat. Tinta dakwat isian semula itu sahaja yang masih tinggal pada saya. Terima kasih, jika saya belum tuturkan ucapan itu kepada anda! ;)


Quiz :: Siapakah nama guru Bahasa Inggeris yang mengajar sementara sebelum beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara pada tahun 1995? (Klu : beliau juga merupakan rakan baik Puan Nurul Azilah)


Sengaja topik ini diambil bersempena ulangtahun SMKAKS yang ke 15. Saya pasti anda juga punya secebis memori, meraikan hari jadi di sekolah. Mungkin memori diraikan, meraikan, mempermainkan orang sempena hari kelahiran, dan sebagainya. Ayuh ceritakan!

Wednesday, June 17, 2009

FMG Siri 3 - hantu

Before u go "Hantu ni sebenarnye tak wujud, yang ada hanyalah jin & syaitan.. bla bla bla" in your entry, let me clear things up here! People knows! Ini cuma cerita yang aku masih ingat apabila me'relate'kan hantu dengan SMKAKS.

Hang on bebeh... cite ni tak seram langsung! tapi kalo korang memang super-duper penakut mengalahkan budak kecik, aku nasihatkan skip jek la entri ni. bukan ape, kang tak bleh tido malam kang korang salahkan aku pulak! kesian aku!

begini kesahnya... jeng jeng jeng ( nih apehal ade runut bunyi plak kat blakang tu... tak seram ok!!)
kesah ini berlaku semasa aku dalam tingkatan 3... eh bukan... tingkatan 4, tahun 1997.

i'm not a morning person. sape2 yang pernah sebilik dengan aku, mungkin sedar fakta itu. selalunya aku bangun pagi waktu bilik air dah lengang. sebabnya, aku tak suka q panjang2.. aku tak suka ketuk2 bilik mandi n tanye "lepas ni ade orang tak? kalau tadde chop ye" sebab lepas tu aku lupa aku chop lepas sape n orang lain amek turn aku. aku juga tak suka kalo orang ketuk2 shower room masa aku mandi, tanye soalan yang sama. mengganggu konsentrasi aku nak mandi ok!

one fine day, aku tengah duduk2.. aku tak ingat aku duduk kat mana masa tu. rasanya taim riadah. adala sorang budak junior nih jumpa aku... aku tak ingat sape dia. but seingat aku dia antara junior yang rapat jugak dengan aku.

dia : kak am, ade dengar tak kecoh budak2 nih nampak hantu.

aku : ade... biasa la tu.. mana2 hostel pun ade.. tak yah amek port sangat la!

dia : so, kak am dah tau la?

aku : tau camtu2 la.. kite maleh nak dengar sangat cite2 orang nih... kite pun ala2 penakut jugak... kang terbawak mimpi susah plak!

dia : ari tu kat toilet wing seblah sana, yang baru nih kat toilet wing kite yang derang nampak kak am tu!

aku : kite pung dengar camtu gak.. eh jap... nampak kite? ape maksud??

dia : eh, kate kak am tau!?

aku : tatau.. cite cite!

dia : budak2 batch saya, si polan (cant remember who!) ari tu derang terjaga kol 3 lebey.. dekat kol 4 pagi.. nak pegi toilet... dia ajak la 2 orang budak bilik dia temankan. pastu derang lalu kat toilet besar wing kite tu, derang nampak 'kak am' tengah basuh baju. memula derang tegur la.. "basuh baju kak am?"

aku : [mendengar dengan tekun]

dia : pastu, derang kata kak am senyum jek tak cakap ape-ape. langsung derang tak jadi nak masuk toilet tu, pegi toilet kecik kat sebelah. pastu derang terus balik bilik cepat-cepat. on the way balik tu derang tak berani toleh pun sebab takut 'kak am' ikut derang.

aku : [mengerut dahi]

dia : derang rasa tu bukan kak am. apekan logik la kak am bangun basuh baju taim2 macam tu! bangun biasa2 pun lambat. lepas tu cara menda tu senyum pun satu macam jugak.. rasa meremang bulu tengkok la... tapi derang lupa nak tengok kaki dia masatu!

aku : (wah.. sempat jugak kau mengutuk aku ye!!)i see! tatau plak cite nih! dah kecoh eh!?

dia : kecoh jugak la kat kelas kitorang! errr... itu memang kak am ke??

aku : hahahahaha... poyo betul la... dah kecoh2 baru nak tanye.. apesal tak tanye awal2?

demikian kesahnya. sinilah aku nak cite kebenaran disebalik cite hantu tu. malam tu aku check locker. baju kurung nak pakai prep tinggal sepasang jek. yang lain sume dalam baldi, tak berbasuh lagi. manakan sempat, bangun pagi kol 6.30. bila masanye nak membasuh! kalau kat aspura, bleh la aku raging jek budak2 junior soh basuh baju2 aku. maka terpaksa la aku berkorban jiwa raga, bangun giller awal pagi tu, 3.30 pagi sebab nak cuci baju.

aku memang nampak budak 3 orang tu lalu. aku senyum jek sebab dalam hati aku dah nak meloyar "abes tu, tengah menoreh ke??" dah sah-sah la nampak aku tengah basuh baju kan.. yang engkorang tanye lagi buat hape! itu pun naseb baik aku senyum... kalo aku panggey korang 3 orang sambung basuh baju-baju aku macam mana?? hahahaha

dipikir-pikir balik, patut lah budak2 tu tanak masuk toilet tu.. sanggup pegi toilet sebelah. naseb baik jugak derang tak buat aksi2 menjerit & berlari-lari sebab nampak hantu. kalau tidak ngan aku-aku sekali cabut lari.. pastu derang ingat hantu kejar derang... jadi la drama kejar mengejar plak kat 2nd floor wing A tuh... pastu esok nye aku tak yah pegi prep pasal tadde baju nak pakai! alahai.. apesal la aku tak terpikir taim tu ye!!!

Quiz :: Siapa nama kakak pembantu tadbir yang memangku tugas penyelia asrama sebelum kite dapat penyelia asrama yang sebenar?

korang ade memori pasal hantu? jadi hantu? possesed? menyaksikan kawan2 kerasukan? ditegur hantu? dikejar hantu? dan lain2 kisah mistik berkaitan? sila la menaip cerita hantu versi anda di sini ok! owh ye.. jangan pandang belakang!! hahahaha (ceh.. ingat seram la tu!)