Hari pertama.
Sedang berusaha sehabis baik untuk menuliskan sesuatu secara rutin. Moga-moga lebih istiqamah
Alhamdulillah, dapat bonding dengan anak-anak ke taman & kolam renang pagi ini.
Alhamdulillah, kereta Mazda siap dibaiki & dihantar terus ke rumah oleh pomen.
Alhamdulillah, bangah, nisa nuhaa & acubil semua kemas rumah bila ummi suruh.
Alhamdulillah, dapat habiskan lipat baju 4 bakul.
TBD
Saturday, October 5, 2019
Saturday, May 11, 2019
Ujikaji Anak-anak
Tajuk ujikaji : Mengenalpasti anak-anak melalui respon kepada arahan
Objektif : Memahami bagaimana cara fikir anak-anak apabila menerima arahan.
Sampel : Ain, Utbah, Nisa’ & Nuhaa
Langkah-langkah :
Buat tayangan cerita kartun di komputer.
Benarkan anak-anak menonton cerita kartun.
Panggil seorang demi seorang untuk membantu menyidai kain di ampaian.
Pemerhatian : ( tidak mengikut susunan )
Sampel 1 :
Ummi : ****, tolong sidai kain
***** : ala kenapa?!

Sampel 2 :
Ummi : ****, tolong sidai kain
***** : saya sorang je?!
Sampel 3 :
Ummi : ****, tolong sidai kain
Sampel 3 terus bergerak ke belakang tanpa sebarang pertikaian. Dalam perjalanan, terdengar bunyi tangisan adik, dicubit oleh Sampel 3.
Sampel 3 terus bergerak ke belakang tanpa sebarang pertikaian. Dalam perjalanan, terdengar bunyi tangisan adik, dicubit oleh Sampel 3.
Sampel 4 :
Ummi : ****, tolong sidai kain
**** : **** dah agak dah ummi nak suruh sidai kain.
Kesimpulan :
Gelak aje lah ummi dengan telatah korang ni.
Thursday, May 9, 2019
A Fight with An Idiot.
“Never argue with stupid people, they will drag you down to their level and then beat you with experience”
The famous quote by Mark Twain makes all sense to me today. There was a seller in this Shopee Apps that i used to buy a masquerade mask from, for kak ain’s event at her school. The event took place in the morning, 3 May. Purchased on 29 April 4 pm, the seller only submit the parcel to the PosLaju on the 30/4 6 pm where i have already received notification parcel ready on the 29/4 evening. To cut the story short, the parcel ended up reach her at 3/5 afternoon. She didn’t have chance to wear it. :(
I then rated the seller 2 stars, because it did not reach on time. The seller rudely messaged me and accused of trying to tarnish their reputation. Tsk tsk tsk. I don’t want to get angry nor getting the negative aura, then blocked him/her.
He/she then crazily posted hate message (with a terrible English) for me at buyer rating and rated me as 2 stars ( later edited to 1 star ), inciting all sellers not to entertain customer like me. Haha. Pathetic. Sore loser.
Anyway i just wished him/her hope you sell plenty and get rich despite my rating. ( that was the reason he/she changed from 2 stars to 1 ). Suit yourself dear seller! I’m not going to play your game. You are definitely not my league. Hahaha.
Big L!
Wednesday, May 8, 2019
Kang Lan & Hari Hiba
Kang Lan atau Pakcik Roslan ( ada juga yang menggelar pakcik agogo bila merujuk beliau pada zaman itu ) merupakan salah seorang staf pejabat di SMKAKS, sekitar 1994-1998. Beliau mengahwini Kak Aznaliza, ketika itu bergelar Pengurus Asrama. Aku masih ingat beliau enggan dipanggil kang olehku. “Ko budak2 lagi panggil pakcik aja”. Hari ini aku mengetahui, jarak umur kami tidak jauh langsung aku jadi kekok membahasakan dia sebagai pakcik, sementalah beliau masih lagi dalam perkhidmatan.
Beliau aku hubungi melalui aplikasi Whatsapp, setelah diberikan nombornya oleh Zaleha, junior satelit harapanku (walaupun belum bersua muka). Namanya timbul apabila duit tajaan iftar batchku masih berbaki untuk mengisi slot tajaan guru. Melalui syura’ batch 1998 bersetuju menaja kerusi beliau & isteri.
Sapaan ku di Whatsapp tidak dijawab, sebaliknya beliau membuat panggilan telefon kepadaku. Menjawab panggilan secara tetapan lalai, aku berkeras bertanya “nak cakap dengan siapa?” selepas beliau meminta aku memperkenalkan diri sejurus selepas aku menjawab “hello”. Aku tersedar apabila membanding nombor telefon yang terpapar dengan nombor yang telah aku sapa di WA, “eh kejap, ini pakcik roslan ya?” Tebakku yakin.Aku menyebut namaku dan Kang Lan menyambung “yang sekolah SMKA Kuala Selangor kan?” Aku jadi kaget, “Subhanallah, Kang Lan masih ingat saya?!” separa terjerit.
MasyaAllah sungguh terharu. Bual kami panjang. Kisah kegagalanku pada Pidato Piala Diraja dipetik lagi. Rupanya Kang Lan yang menghantar pasukan kami ke pertandingan tersebut. Sempat beliau membebelkan pegawai teknikal yg membetulkan mikrofon semasa aku sedang berucap, punca kelupaan ku, menurut anggapannya.😂😅
Dan beliau menghimbau memori tentang baba. “Kau anak khodi kan? Abah kau sehat?”
Kang Lan masih mengingati banyak maklumat tentang aku. “Iya kang, abah saya dah meninggal baru hujung tahun lepas”. Serentak menuturkan itu, rasa hiba menjentik hatiku. Dari siang, sehingga ke tarawih, air mata ku sekejap-sekejap mengalir sendiri. Dan masih mengalir semasa aku menyudahkan entri ini. Hiba. Rindu. Serentak aku tersedar, Ramadhan ini kali pertama tanpanya. 😢 Dalam kesedaranku, tidak pernah sekali pun aku menuturkan rindu baba, secara berhadapan. Ia bukan satu budaya dalam keluargaku. Baba, am benar-benar rindu.ðŸ˜
Perbualanku dengan Kang Lan diakhiri dengan janji dari beliau untuk berbincang dengan isterinya perihal jemputan ke Majlis Iftitah, sempena sambutan Jubli Perak SMKAKS. Semoga kerusi-kerusi tersebut dapat diisi oleh beliau & isteri. Terima kasih Kang, mengingatkanku kepada Baba. AlFatihah.

Sunday, May 5, 2019
Mama Saya
Foto pertama diambil ketika usai makan tengahari di restoran e-place. Mama & Dik Mas dalam perjalanan ke Bandar Enstek, bermalam di rumah Kak Bid, sebelum meneruskan agenda esok, pelayaran Islamik. Ini kali pertama mama berpergian setelah selesai eddahnya 4 bulan 10 hari. Kami bersama-sama menyarankan pelayaran islamik mengubati kesedihannya setelah pemergian Baba. Saya masih kelihatan sangat besar biarpun sudah berlindung di belakang mama. 😅
Foto kedua diambil sekembalinya Mama & Dik Mas daripada pelayaran islamik. Bermalam satu hari di Tanjong Malim, sekadar melepaskan kantuk & lelah Dik Mas yang memandu dari KLIA pulang ke Baling. Kesempatan ini tidak kami lepaskan untuk meraikan ulangtahunnya yang ke 65.
Selamat hari jadi Mama. Terima kasih atas segalanya. Sayang mama sangat-sangat, walau tak pernah diucap. Ada rasa janggal hendak menuturkan secara berhadapan. Saya sangat “reserved” dalam hal ini. Mungkin cara asuhan saya sedari kecil tidak menekankan perkara ini. Kendatipun, saya faham benar apa yang saya rasai. Redhakan saya dunia akhirat, Mama ❤️.

Saturday, May 4, 2019
Taking a Break from FB
It is too overwhelming that I can’t handle it anymore.
It is my birthday, i’m deactivating my FB.
Hopefully it’s a wise gift to myself.
I’m yet to decide whether it is temporarily or not.
This ramadhan will be the testing period.
Happy birthday me!
It is my birthday, i’m deactivating my FB.
Hopefully it’s a wise gift to myself.
I’m yet to decide whether it is temporarily or not.
This ramadhan will be the testing period.
Happy birthday me!
Friday, July 3, 2015
25 Nonsensical Things of Me
- a sweet talker...they share their problem, i listen.. they ask for advises.. i just gave them crap...and they go “thanks a lot Am.. owe u!”
- a big supporter of National Breastfeeding Policy
- love sarcasm but suck at it
- much more younger than the look ;) I can take that anyway..!
- don't do high heels
- art skills works well during stress
- craving for that black Bonia boots just because they looked gorgeous on the display shelf
- not into make-up, perfumes & handbags
- prefer baking than cooking, unfortunately not good at both
- easily remember people birthday though didn’t plan to
- not into Siti Nurhaliza, (but my other-half is a fan)
- don't really shows true emotion
- very short- tempered but seldom scold people because I usually burst into tears after doing so.
- keeping mouth shut is a sign of protest/anger
- love to read and love to share things I've read though it is not important at all
- couldn't answer "what time is now?" spontaneously by looking at the analog clock..have to do a little bit of calculation..pathetic!?
- was among the first to have name written in the discipline record in 1995, after climbing up the 'mushroom' and being caught in action.
- the only sport that i'm good at is chess... (and technically it is not even a sport)
- prefer talking on the phone than texting
- looking forward to run my own business.. that's what I've dreamt of since kid.
- though i like marketing (and i think i'm good at it), being a part in multi-level-marketing is definitely not me.
- suck at programming but that's what i do now
- enjoy cleaning toilets, doing laundry and ironing clothes rather than sweeping floor, doing dishes and tidying bed.
- can't do shopping alone. it's either a bad choice or coming home empty handed
- can sleep easily.. that's a gift from God!;)
quite an archive!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Journal journey
Hari pertama. Sedang berusaha sehabis baik untuk menuliskan sesuatu secara rutin. Moga-moga lebih istiqamah Alhamdulillah, dapat bonding d...
-
Hari pertama. Sedang berusaha sehabis baik untuk menuliskan sesuatu secara rutin. Moga-moga lebih istiqamah Alhamdulillah, dapat bonding d...
-
Apa yang best sangat dengan Kereta Mayat ni sampai gua nak jadi macam dia? Gua sangat suka beliau adalah disebabkan oleh beliau ini sangat b...
-
Foto pertama diambil ketika usai makan tengahari di restoran e-place. Mama & Dik Mas dalam perjalanan ke Bandar Enstek, berma...